*ni aku ambil fr website mne ntah.
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
And ni pulak petikan dari ruangan Bersama Dato’ Dr. Haron Din menjawab soalan pasal macam mana ikhtiar yang dibenarkan syarak untuk mengubati pesakit yang kena sihir?
Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan.Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama muktabar menyarankan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam
Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 & 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.
Ada juga ulama yang menyarankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah alBaqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.
Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.
sama-sama lah kita jaga diri kita, xkesah la di India or Malaysia..
No comments:
Post a Comment