Monday, January 9, 2012

Aku Maafkan Kamu


berikut adalah tafsiran lagu yang aku ambil dari blog lain.terdetik nak kongsikan:

Terdapat beberapa tafsiran untuk lagu ini yang dapat aku temui melalui Google. Ada yang mengatakan ianya berkisarkan kisah cinta, dan ada juga yang mengatakan ianya mengenai persahabatan.

Namun aku berpendapat lirik ini lebih daripada tentang kisah kehidupan individu. Aku maafkan kamu berkisarkan situasi politik di tanahair kita sekarang. Terdapat beberapa rangkap yang menjelaskan tentang isu tersebut.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Rangkap yang menceritakan terdapatnya pihak yang bersifat minda tertutup. Berpendapat bahawa hanya mereka yang betul. Mereka kerap membuat bising berlandaskan tanpa menimbang pendapat pihak lain.

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Merujuk kepada sikap tak apa bangsa Melayu yang mudah memaafkan atas kesalahan yang telah ditimpa. Asal perkara lalu diabaikan, Melayu akan melupakannya.

Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Terdapat sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam yang dengan mudah menyatakan mana-mana individu kafir sekiranya tidak bersefahaman dengan mereka. Namun apabila diminta penjelasan mereka gagal untuk menyampaikannya.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna bahasa
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Kita harus abaikan sahaja mereka kerana mereka adalah golongan jahil yang enggan menimba ilmu. Ayat-ayat A-Quran mereka gunakan untuk kepentingan diri.

Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Tiga baris pertama aku anggap adalah sindiran. Mereka adalah pihak yang mahukan perhatian. Walaupun satu bangsa namun mereka sukar untuk bersatu hati.

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Di tangga teratas kumpulan ini adalah golongan yang paling kerap membuat bising membangkitkan isu-isu untuk kepentingan diri. Namun akan bangkitnya pihak yang tidak mampu lagi bersabar. Mereka akan ditentang hingga tidak mampu lagi untuk bersuara.

Jangan ahli sihir seru nama Maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Peringatan untuk mereka yang kerap mempergunakan nama Raja-raja Melayu terutamanya nama DYMM YDP Agong demi kepentingan diri. Sekiranya mereka terus berbuat demikian akan terima padahnya. Mereka yang asyik membangkitkan kebebasan bersuara seharus berfikir sebaik-baiknya sebelum meluahkan pendapat.

Pura pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Bagaimana golongan ini menggunakan akta undang-undang tertentu untuk kepentingan diri sendiri dan menggabaikan kandungan penuh akta tersebut.

Tafsiran ini aku buat berdasarkan pendapat peribadi. Terdapat beberapa rangkap yang aku gagal untuk fahamkan maksudnya. Ini adalah kerana ayat dan perkataan yang digunakan adalah baru untuk aku.

Harap tafsiran ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada semua. Sekiranya terdapat silap tolong sampaikan.