Thursday, December 2, 2010

ke hadapan, si Tong..


petikan asal yang aku petik dari blog Mazidul Akmal Sidek..Mykad Is YourKad

Ada pihak mencadangkan setiap warga asing di negara ini diwajibkan memakai pas atau lencana khas dilengkapi ciri keselamatan bertujuan mempermudahkan pihak berkuasa memantau status mereka.

Cadangan bernas tetapi kerajaan terlebih dahulu wajib memastikan dokumen antaranya MyKad, pasport antarabangsa (MyKad dilengkapi cip keselamatan 64k) dan visa negara ini ‘kebal’ (forgery proof), tidak boleh dipalsukan. Selagi dokumen terbabit boleh dipalsu dan diubahsuai warga tempatan atau asing, mewajibkan pemakaian pas atau lencana khas hanya akan memperkayakan individu atau syarikat diberikan hak mencetak dokumen itu. Jika MyKad boleh dipalsukan, apatah lagi pas!

Isu pemalsuan Mykad didakwa banyak berlaku di Sabah, pelbagai komen dilontarkan rakyat tempatan.

“Aku pun ndak faham bah macam mana dia orang boleh dapat itu MyKad, hairan”

Itu hanya satu daripada komen.

Mungkin pelayar dari Negeri Di Bawah Bayu boleh berkongsi pengalaman mereka berhubung pemalsuan MyKad. Menurut laman web ini, warga India berpengaruh di Sabah turut terbabit menggunakan dokumen palsu.

Pengalaman menyertai ratusan operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI sebelum ini sudah cukup menyakinkan saya, sindiket memalsukan MyKad mengaut keuntungan tidak terkira.

Ada ‘Mykad’ (palsu) di jual dengan harga di antara RM200 dan RM17,000 setiap satu. Pelanggan mereka, PATI. Kelompok tidak memiliki dokumen sah atau tinggal lebih masa di Malaysia.

Tahun 2006, Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen termasuk MyKad di Subang Jaya, Selangor, baca di sini.

Saya percaya, sindiket mampu meraih keuntungan besar akan terus mencari ruang dan peluang. Imbuhan diraih bukan kecil mampu mencecah jutaan ringgit dalam tempoh singkat.

Seperkara lagi, saya melihat majoriti pihak berkuasa di Malaysia berhempas pulas membanteras kehadiran PATI selepas mereka berjaya membolosi sempadan negara kita samada melaui jalan laut (menggunakan pengangkutan seperti tongkang. bot pancung dan bot besar) atau udara.

Maka timbul persoalan, sejauhmanakah efisyennya sistem pemantauan pintu masuk negara ini? Di lapangan terbang? Di pelabuhan? Di jeti?

Selain daripada pintu masuk tidak sah (haram) sukar dikawal.


menarik petikan ni bagi aku sebab memang telah terjadi di kalangan kenalan aku sendiri..(Tong, jangan mare..hehe).Memang untung kita ni jadi warga Malaysia. Hidup senang lenang, sistem pentadbiran, kesihatan, kewangan sume2 la kalo nak di 'compare' dengan India ni, mmg boleh kate kita 10 years ahead..! So, jom la same2 kita bersyukur, and jagalah dokumen2 penting macam Kad pengenalan, Surat beranak, Passport, Lesen, suma2 tu..jom kita compare:



macho gile IC kita

cuba tgk depa punya



itu baru pasal IC..below ni life sebenar orang2 kat sini:


budak2 minta sedekah dari kereta ke kereta..sekolah dah tentu lah tak..

masak tepi jalan demi sesuap nasi utk anak2

kalau orang2 ni dapat rumah mcm PPRT Malaysia tu..

"didi...didi....money for eating..."
(mintak duet evrytime aku lalu balik from kelas)

eh tiba2..hehe


3 comments:

Anonymous said...

MOTIF..;petikn atas skli tu..nntiko.!!!!haha

Anonymous said...

yeng..smpat ko nk msokkn gmbar ko ye..anwy..tol la..brsyukur.brsyukur n brsyukur..in mlysia...boleh poye2..boleh mkn smpai muntah2...hahatpi 2 la..kkdg..ade yg da dbgi pprt pon..lg bnyk complain...smpit la..tggi la..lif sik rosak la...bgi dok kemah cm kt india bwu tau..hahaha..(ye2 je aq)

Busana India said...

ahahaha...tong..slamat aku tanye ko punye IC aritu..klo x??? ahahaha....