Thursday, December 2, 2010

Kisah seekor sipot sedot


Pagi itu, kelihatan objek legap dgn lilitan pada badannya lengkap dengan lapisan perlindungan UV berupa cengkerang , perlahan-lahan mengatur engsot di celah-celah timbunan kayu balak. Dalam perjalanan ke tempat kerja katanya. Dia lalu singgah di sebuah pohon redup, membeli sarapan pagi. Tak boleh lama di situ kerana dikhuatiri bos di tempat kerjanya akan meradang hingga boleh membawa kecacatan kekal kpd cengkerang cantiknya. Nasi goreng + kuih burger malaysia + sebungkus air dikendong takut keciciran..Lalu dia pun menyambung kembali perjalanan penuh tertib ke tempat kerja. Siput itu menjeling ke arah jam tangan BEN10 nya."aku sudah lambat ni.kena cepat.." ujarnya dalam hati.Lalu die mempercepatkan engsotannya, setelah mencapai kelajuan maksima baginya, dia pon menoleh ke belakang melihat pohon redup tempat dia membeli makanan tadi masih kurang dari 2cm darinya.dia pon mengeluh.."bila aku nak sampai ni.."

No comments: