Friday, June 17, 2011

jika salah,hujahkan!


Payahnya mengenal sahabat

Masing-masing mahu berhibur dan terhibur

Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur

Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung

Jika diam dikatanya tidak tahu

Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai

Apabila dipuji dia merasa senang hati

Apabila diuji dia cepat remuk hati

Bukan senang jadi kawan

bila seirama itulah tolan

bila tak sekata jadi lawan

4 comments:

kekasih said...

Jika aku sombong itu kerana aku tidak mampu untuk merendah-diri. Jika aku kasar itu kerana aku tidak mampu untuk berlaku lembut. Jika aku kikir itu kerana aku tidak mampu bersifat pemurah. Jika kau lihat itu adalah aku, itulah aku. Jika ia bukan aku, bukanlah aku.

Jika aku berlemah lembut itu kerana aku tidak mampu berlaku kasar. Jika aku ini bersifat maaruf itu kerana aku tidak mampu berbuat mungkar. Jika aku ini penyayang itu kerana aku dipakaikan sifat kasih sayang. Jangan engkau lihat itu aku atau bukan aku...

Yang sombong itu sahabatku juga. Yang merendah-diri itupun sahabatku juga. Jika aku memiliki sedikit kesabaran, banyak benar dapat kumanfaatkan.

Yang tidak mampu itu, kita, yakni aku dan engkau. Oleh itu layaklah dia berbuat sesuka-hatinya...

Busana India said...

sabarlah hati jika dunia tidak memahami.perlakukanlah sebagaimana yang engkau kehendaki,asal jangan kau lupa hidup sebagai manusia,biarlah janji dikotakan sebagai amanah selamanya...teguhlah!

KEKASIH said...

Yang nyata dunia memahamiku,tetapi aku yang masih keliru. Keliru antara faham dan waham. Aku tidak pernah lupa hidup sebagai manusia tetapi aku sering lupa hidup sebagai hamba. Hamba yang hidup dikota barang,seakan bumi ini adalah kedai. Aku cemburu, cemburu melihat mereka diluar sana hidup merdeka, malah mereka laungkan sekuatnya. Sedangkan aku disini diikat dengan tali dari Tuhan.

Busana India said...

dunia tak pernah lalai dari memahami jiwa Adam, lupa itu senjata lalai bagi yang tidak sesal namun jangan lemah berlindung disebalik ranting kecil atau bayang-bayang sendiri dan jangan pernah keluh jika tali yang mengikat itu tali kebenaran yang nyata