Friday, January 7, 2011

ayahanda kekasih beta



bila abah tidak lagi marah marah

bila abah hanya diam jikaku salah

bila abah buat aku serba salah

aku tahu aku perlu berubah


bila abah tidak lagi sihat macam dulu

bila abah tidak lagi sekuat dulu

bila abah termenung mengenangkanku

aku tahu abah sedang merindui aku


aku tahu abah sayang aku

semua orang tahu abah manjakan aku

tak adil kalau semua orang tak tahu

aku juga sangat sangat sangat sayang abahku

Thursday, January 6, 2011

best of luck



somehow i think this version is way better than colbie caillat's..

cant help but to compare people..^_^

talking bout falling in love with your bestfriend..
is it that lucky?
love is a complicated thing, so you dare to risk on your friendship for love??

Monday, December 27, 2010

gajah buntu

dua ekor gajah jalan jalan ambil angin dalam hutan tebal sambil mencari tempat permainan baru.satu gajah besar, satu lagi gajah kecik sikit.tapi mereka sebaya.bosan agaknya bermain di tepi sungai yang sudah becak dan berselut hasil gulingan mereka sendiri. sudah berlopak2 tempat tu.tak sesuai untuk lepak di situ lagi. Dalam perjalanan itu, masing2 senyap hanyut dalam fikiran masing2. Mereka terkenang perbualan mereka pagi tadi sejurus sebelum mereka bertolak ke dalam hutan. Pada asalnya, gajah besar shj yang beriya2 nak tinggalkan tepian sungai tu. Tapi lama2 ternyata gajah kecil juga terasa yang sama. tempat tu walaupon banyak air untuk mereka berkubang tapi bahang matahari yang terlalu kuat di kawasan tu membuat kulit mereka terasa pedih. pedih mata juga. kadang2 sampai hati terasa pedih. " Kita tak sesuai di sini", kata gajah besar. "kenapa?", tanya gajah kecil. Gajah besar berjalan di hadapan. Dia kelihatan senyap seperti sedang berfikir. Tak lama lepas tu dia pon bersuara " Kau mesti tak percaya kalau aku katakan ini. Tempat ini sudah diduduki Naga!". Gajah kecil buat muka terkejut. "padan lah selama ni kita rasa panas..aku sangkakan bahang matahari, rupanya NAGA!!".


Sunday, December 26, 2010

nekad

memang dunia ni macam bola
dulu busuk kena pijak
rasa mati lagi baik dari lumpuh
mahu lari tapi terkurung dalam neraka

sekarang sudah bangun
busuk dulu rupanya harum
jiwa kacau lesap hati tenang
mahu tidur tanpa mimpi malang

bilik kecil namun syurga
buat apa yang kusuka
aku bukan lah dipuncak
sekadar di kaki bukit tapi bahagia

solusi cuma satu
nekad

100% rakyat Malaysia!!

Bangga kembang kuncop hidong aku bila tgk Malaysia kalahkan Indon td. Kalao ikotkan muka player Indon mmg ganaz2 siott..kecot2 je player Msia time line up masuk..huhu..Alhamdulillah, ganyang Malaysia x berlaku, tp sebaliknya ganyang Indon..!! hehe (suke2~) aku yg kat India ni pon sebok jerit2 tgk Malaysia maen..bak kata si Tam, ko dok sane gi la tgk cricket..eh?? klo tgk cricket lg byk drama kott...game ni td pon byk jugak drama..huhu~ nway...nice game Malaysia..keep it up..hope leh mnang lg kat Indon nnt..~ my prayer always for u alls!!hehe...


p/s: to Efy my screaming-mate...mmg kaw2 kite jerit td.its always enjoyable bile tgk bola or crita hantu bersama kau..huhu

Bunga Tisu


Satu hari ku duduk di situ aku menunggu sampai buntu

Mana boyfriendku

Datang kepadaku si baju biru

Kau berikan aku bunga tisu

Eh ape tu

Ooowwoo bunga tisu

Kau beri padaku

Dan kau kata I love you

Lidahku jadi kelu

Oh bunga tisu

Bunga darimu akan ku simpan dlm poketku

Oh bunga tisu bunga itu akan kusimpan dalam hatiku

Senyum mu menawan

Oh sungguh menggoda

Namunku kini telah berdua

boyfriend ku didepan

Jangan kau berangan atau pasang angan

Bunga tisu hanya kenangan

Selamat tinggal kawan

Ooowwoo bunga tisu

Kau beri padaku

Dan kau kata I love you

Lidahku jadi kelu

Lgu untukmu akan ku simpan dalam hatiku

Hanyalah sebuah lagu


p/s: lirik x berat tp penuh makna

Romantikalasofa


Lukisan Picasso menghiasi dinding…

retak 1ooo di sekeliling,

Buat hatiku tidur tak lena…

menanti hadir penglipur lara..

walau selut lumpur..

aku redah jua

apa yang penting hanya kerjasama

cinta antara kita berdua

cinta romantikalasofa